Assalamualaikum..
First sekali before ikha tulis entry ni just nak tanya ada ke kat sini yang dapat tawaran sambung diploma or degree di UiTM Kedah aka UiTM Merbok? kalau ada Alhamdulillah and Tahniah! so, entry kali ni khas buat korang yang dapat tawaran sambung sana tapi macam blur-blur kan. eh best ke Merbok? Orang cakap hulu. Makanan? Dapat kolej ke? ke nak stay rumah sewa? mana lg ok.
Jadi sebelum korang pening and blur lagi teruk better baca entry ni sampai habis. Harap korang dapat hilangkan pening dan blur korang tu. Ikha akan ceritakan pengalaman selama hampir 3 tahun ikha kat sana.
Ikha dapat tawaran sambung Degree in Islamic Banking. Mula-mula dapat tawaran ni of coz happy teramat, yelah sebabnya merbok dengan penang sangat lah dekat oke. Drive 45 min dah sampai, tu pun bawak secara berhemah. Tak macam masa diploma dulu kat Melaka, jauh sangat. Buat pengetahuan semua kat sini, ikha memang jenis homesick yang agak critical. Sepanjang ikha kat Merbok ni every week ikha akan cari cara jugak untuk balik rumah except ada event or kelas ganti on weekend lah. so, disebabkan dekat ayah benarkan ikha bawak kereta untuk memudahkan anaknya drift every week balik rumah. hewhew.
Tak Dapat Kolej ke?
Bayangkan dalam surat tawaran tu dia tulis "Penempatan tidak disediakan" diulang TIDAK DISEDIAKAN. Memang cuak sangat time tu mujurlah ikha stay penang yang tak berapa jauh ni, cuba bayangkan student lain dari KL ke Kelantan ke kan. Mesti kalut dan gelabah nak cari rumah sewa bagai time tu. Dah la tak pernah jejak Merbok, tak tau rumah sewa dekat ke jauh. Transport lagi kan.. Pening-pening
Jangan risau untuk korang yang jauh, sebenarnya pihak Universiti ada sediakan rumah untuk student degree. Masa korang datang daftar tu korang boleh mintak untuk stay "Kolej Taman Universiti" atau lebih dikenali sebagai KTU oleh student Merbok. Charge per sem tu ikha kurang arif sebabnya since datang sini ikha dah cari rumah sewa siap-siap. Tapi ikha cadangkan untuk korang stay dulu kat KTU sebab bila dah stay 1 sem dapat kawan then pakat ramai-ramai cari rumah sewa. Senang sikit kan bila stay rumah dengan member yang sekepala.
Transport macam mana?
Bagi yang ada rezeki lebih untuk bawak motor or kereta macam ikha takda masalah lah kan. Bagi korang especially student degree yang memang totally takda transport jangan risau sebabnya pihak universiti ada sediakan bas percuma yang akan hantar and ambik korang balik dari kelas. Setahu ikha bas kat sini ada jadualnya, ikha tak sure sebab tak pernah naik bas. Jangan kecam ikha pulak sebab tak pernah naik bas, bukan belagak, memang teringin sangat nak naik bas UiTM merbok ni tau tapi bila ajak kawan-kawan kelas diorang tak nak pulak. So hanya mampu pandang dari jauh bila student naik bas. heww. Tapi ikha cuma nak pesan untuk korang yang naik bas nanti, make sure korang bersiap dan tunggu bas awal-awal kalau tak nak kena tinggal.
Sepanjang ikha kat merbok ni student yang naik bas ni lah yang paling awal dan sharp datang kelas, sebabnya nak tak nak diorang kena ikut jadual bas dan selalunya diorang akan stay kat library atau masjid UiTM a.k.a Pusat Islam (PI) if ada gap between class. Makan pun cuma dekat-dekat sini je paling dekat makan kat dining tapi tak sedap!! and mahal compare dengan makanan luar.
Sebenarnya banyak lagi ikha nak tulis and share kat korang tapi cukuplah kat sini nanti panjang-panjang pening pulak. Ada ke orang nak baca entry panjang-panjang ni?
Alah tipula korang, baca sebaris ayat dalam text book pun boleh tertido cehh! hehe
Next entry ikha cerita tempat makan best-best dan berbaloi kat merbok ni ok.
Thanks! xoxo