Tuesday 20 October 2015

Tawaran ke UiTM Merbok, Kedah

Assalamualaikum..

First sekali before ikha tulis entry ni just nak tanya ada ke kat sini yang dapat tawaran sambung diploma or degree di UiTM Kedah aka UiTM Merbok? kalau ada Alhamdulillah and Tahniah! so, entry kali ni khas buat korang yang dapat tawaran sambung sana tapi macam blur-blur kan. eh best ke Merbok? Orang cakap hulu. Makanan? Dapat kolej ke? ke nak stay rumah sewa? mana lg ok.

Jadi sebelum korang pening and blur lagi teruk better baca entry ni sampai habis. Harap korang dapat hilangkan pening dan blur korang tu. Ikha akan ceritakan pengalaman selama hampir 3 tahun ikha kat sana. 

Ikha dapat tawaran sambung Degree in Islamic Banking. Mula-mula dapat tawaran ni of coz happy teramat, yelah sebabnya merbok dengan penang sangat lah dekat oke. Drive 45 min dah sampai, tu pun bawak secara berhemah. Tak macam masa diploma dulu kat Melaka, jauh sangat. Buat pengetahuan semua kat sini, ikha memang jenis homesick yang agak critical. Sepanjang ikha kat Merbok ni every week ikha akan cari cara jugak untuk balik rumah except ada event or kelas ganti on weekend lah. so, disebabkan dekat ayah benarkan ikha bawak kereta untuk memudahkan anaknya drift every week balik rumah. hewhew.

Tak Dapat Kolej ke?
Bayangkan dalam surat tawaran tu dia tulis "Penempatan tidak disediakan" diulang TIDAK DISEDIAKAN. Memang cuak sangat time tu mujurlah ikha stay penang yang tak berapa jauh ni, cuba bayangkan student lain dari KL ke Kelantan ke kan. Mesti kalut dan gelabah nak cari rumah sewa bagai time tu. Dah la tak pernah jejak Merbok, tak tau rumah sewa dekat ke jauh. Transport lagi kan.. Pening-pening

Jangan risau untuk korang yang jauh, sebenarnya pihak Universiti ada sediakan rumah untuk student degree. Masa korang datang daftar tu korang boleh mintak untuk stay "Kolej Taman Universiti" atau lebih dikenali sebagai KTU oleh student Merbok. Charge per sem tu ikha kurang arif sebabnya since datang sini ikha dah cari rumah sewa siap-siap. Tapi ikha cadangkan untuk korang stay dulu kat KTU sebab bila dah stay 1 sem dapat kawan then pakat ramai-ramai cari rumah sewa. Senang sikit kan bila stay rumah dengan member yang sekepala.

Transport macam mana?
Bagi yang ada rezeki lebih untuk bawak motor or kereta macam ikha takda masalah lah kan. Bagi korang especially student degree yang memang totally takda transport jangan risau sebabnya pihak universiti ada sediakan bas percuma yang akan hantar and ambik korang balik dari kelas. Setahu ikha bas kat sini ada jadualnya, ikha tak sure sebab tak pernah naik bas. Jangan kecam ikha pulak sebab tak pernah naik bas, bukan belagak, memang teringin sangat nak naik bas UiTM merbok ni tau tapi bila ajak kawan-kawan kelas diorang tak nak pulak. So hanya mampu pandang dari jauh bila student naik bas. heww. Tapi ikha cuma nak pesan untuk korang yang naik bas nanti, make sure korang bersiap dan tunggu bas awal-awal kalau tak nak kena tinggal.

Sepanjang ikha kat merbok ni student yang naik bas ni lah yang paling awal dan sharp datang kelas, sebabnya nak tak nak diorang kena ikut jadual bas dan selalunya diorang akan stay kat library atau masjid UiTM a.k.a Pusat Islam (PI) if ada gap between class. Makan pun cuma dekat-dekat sini je paling dekat makan kat dining tapi tak sedap!! and mahal compare dengan makanan luar.

Sebenarnya banyak lagi ikha nak tulis and share kat korang tapi cukuplah kat sini nanti panjang-panjang pening pulak. Ada ke orang nak baca entry panjang-panjang ni?
Alah tipula korang, baca sebaris ayat dalam text book pun boleh tertido cehh! hehe
Next entry ikha cerita tempat makan best-best dan berbaloi kat merbok ni ok.

Thanks! xoxo



Sunday 18 October 2015

Kek Coklat Moist ( InsyaAllah Menjadi )

assalamualaikum...

Baru-baru ini tekak mula rasa nak makan benda yang manis-manis. Mula lah rasa nak makan kek coklat, donut brownies dan segala bagai makanan, tapi dek kerana kekangan masa dan sibuk di tempat kerja, jadi ikha tangguhkan hasrat yang terpendam di hati ni.

Sambil-sambil tu ikha cuba jugak google resepi yang best best. kalau boleh nak buat sikit saja sebab nanti ikha sorang saja yang makan. Ayah dan mak ikha bukanlah peminat tegar kek, begitu juga adik dan abang ikha. Selalunya kalau buat banyak mesti tak habis. sayang kan? selalu ikha kalau buat kek ikha akan guna resepi asal, memang ikha tak berani nak ubah. kalau resepi tu untuk 1 kg kek memang 1kg kek lah ikha akan buat.

Jadinya, ikha pun google untuk resepi kek Coklat Moist 1/2 adunan versi bakar. Resepi asal kena kukus. ikha kurang sikit kalau kek kukus sebab selalunya kalau ikha kukus, kek akan jadi mampat dan padat. ikha lebih suka struktur kek yang lebih ringan dan gebu serta tak berapa manis.

Alhamdulillah kek yang ikha buat ni menjadi. Memang betul-betul mengikut selera ikha. Ayah pun puji cakap kek yang ikha buat kali ni sedap dan strukturnya tak padat macam kek sebelum ni. Bila ayah puji macam tu memang rasa nak nangis dah sebab seronok sangat. Lepas tu ayah siap tanya lagi bila nak buat kek mcm hari tu?. heheee Tiap-tiap hari pun boleh kalau dapat tengok orang-orang yang kita sayang makan hasil air tangan kita.

Jadinya ikha nak kongsi resepi yan super best ni untuk tatapan semua. Selamat mencuba :)

Kek Coklat moist 1/2 Adunan. 
Credit resepi asal : Teratak Mutiara Kasih






Bahan-bahan :

  1. 2 Biji Telur (A)
  2. 1 Cawan Susu Cair
  3. 1 Sudu Teh Coklat Emulco ( pilihan, tapi ikha letak)
  4. 1 Sudu Teh Esen Vanilla
  5. 1/2 Cawan Butter/ Minyak (Dicairkan)
  6. 1/2 Cawan Gula Kastor
  7. 1/2 Cawan Susu Pekat Manis ( Ikha letak 1/4 cawan)
  8. 1/2 Cawan Serbuk Koko
  9. 1 Cawan Tepung Gandum ( Ayak untuk dapatkan tekstur kek yang ringan dan gebu)
  10. 1/2 Sudu Teh Baking Powder (Ikha guna 1 Sudu sud baby)
  11. 1/2 Sudu Teh Soda Bikabonat ( Juga 1 sudu sudu teh) - diayak
Cara-caranya :

  1. Masukkan butter dalam periuk dan cairkan (Guna api yang perlahan)
  2. Masukkan susu cair dan kacau sebati
  3. Masukkan gula kastor dan kacau lagi sehingga sebati
  4. Masukkan esen vanilla dan coklat emulco (kacau semuanya biar sebati dan tutup api.
  5. Dalam bekas lain pukul telur ( pecah kan sebiji kacau kemudia masukkan sebiji lagi dan kacau - pastikan kacau rata sahaja jangan pukul kembang)
  6. Kemudian tuang sedikit demi sedikit kedalam adunan yang tadi.
  7. Kemudian masukkan adunan kering yang diayak tadi ( koko, tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder) - masukkan sedikit demi sedikit dan gaul sehingga rata.
  8. Gris kan loyang dengan Butter ( Ikha lapik permukaan loyang dengan paper pembakar)
  9. Tapiskan adunan dan masukkan kedalam loyang ( make sure adunan tidak melebihi 3/4 loyang untuk dapatkan kek yang cantik)
  10. Panaskan oven 15 minit awal dengan suhu 150c dan bakar dalam tempoh 30 - 40 minit dengan menggunakan teknik water bath atau steam bath.
Selamat Mencuba :)