Sunday 18 October 2015

Kek Coklat Moist ( InsyaAllah Menjadi )

assalamualaikum...

Baru-baru ini tekak mula rasa nak makan benda yang manis-manis. Mula lah rasa nak makan kek coklat, donut brownies dan segala bagai makanan, tapi dek kerana kekangan masa dan sibuk di tempat kerja, jadi ikha tangguhkan hasrat yang terpendam di hati ni.

Sambil-sambil tu ikha cuba jugak google resepi yang best best. kalau boleh nak buat sikit saja sebab nanti ikha sorang saja yang makan. Ayah dan mak ikha bukanlah peminat tegar kek, begitu juga adik dan abang ikha. Selalunya kalau buat banyak mesti tak habis. sayang kan? selalu ikha kalau buat kek ikha akan guna resepi asal, memang ikha tak berani nak ubah. kalau resepi tu untuk 1 kg kek memang 1kg kek lah ikha akan buat.

Jadinya, ikha pun google untuk resepi kek Coklat Moist 1/2 adunan versi bakar. Resepi asal kena kukus. ikha kurang sikit kalau kek kukus sebab selalunya kalau ikha kukus, kek akan jadi mampat dan padat. ikha lebih suka struktur kek yang lebih ringan dan gebu serta tak berapa manis.

Alhamdulillah kek yang ikha buat ni menjadi. Memang betul-betul mengikut selera ikha. Ayah pun puji cakap kek yang ikha buat kali ni sedap dan strukturnya tak padat macam kek sebelum ni. Bila ayah puji macam tu memang rasa nak nangis dah sebab seronok sangat. Lepas tu ayah siap tanya lagi bila nak buat kek mcm hari tu?. heheee Tiap-tiap hari pun boleh kalau dapat tengok orang-orang yang kita sayang makan hasil air tangan kita.

Jadinya ikha nak kongsi resepi yan super best ni untuk tatapan semua. Selamat mencuba :)

Kek Coklat moist 1/2 Adunan. 
Credit resepi asal : Teratak Mutiara Kasih






Bahan-bahan :

  1. 2 Biji Telur (A)
  2. 1 Cawan Susu Cair
  3. 1 Sudu Teh Coklat Emulco ( pilihan, tapi ikha letak)
  4. 1 Sudu Teh Esen Vanilla
  5. 1/2 Cawan Butter/ Minyak (Dicairkan)
  6. 1/2 Cawan Gula Kastor
  7. 1/2 Cawan Susu Pekat Manis ( Ikha letak 1/4 cawan)
  8. 1/2 Cawan Serbuk Koko
  9. 1 Cawan Tepung Gandum ( Ayak untuk dapatkan tekstur kek yang ringan dan gebu)
  10. 1/2 Sudu Teh Baking Powder (Ikha guna 1 Sudu sud baby)
  11. 1/2 Sudu Teh Soda Bikabonat ( Juga 1 sudu sudu teh) - diayak
Cara-caranya :

  1. Masukkan butter dalam periuk dan cairkan (Guna api yang perlahan)
  2. Masukkan susu cair dan kacau sebati
  3. Masukkan gula kastor dan kacau lagi sehingga sebati
  4. Masukkan esen vanilla dan coklat emulco (kacau semuanya biar sebati dan tutup api.
  5. Dalam bekas lain pukul telur ( pecah kan sebiji kacau kemudia masukkan sebiji lagi dan kacau - pastikan kacau rata sahaja jangan pukul kembang)
  6. Kemudian tuang sedikit demi sedikit kedalam adunan yang tadi.
  7. Kemudian masukkan adunan kering yang diayak tadi ( koko, tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder) - masukkan sedikit demi sedikit dan gaul sehingga rata.
  8. Gris kan loyang dengan Butter ( Ikha lapik permukaan loyang dengan paper pembakar)
  9. Tapiskan adunan dan masukkan kedalam loyang ( make sure adunan tidak melebihi 3/4 loyang untuk dapatkan kek yang cantik)
  10. Panaskan oven 15 minit awal dengan suhu 150c dan bakar dalam tempoh 30 - 40 minit dengan menggunakan teknik water bath atau steam bath.
Selamat Mencuba :)


No comments:

Post a Comment